Tuesday, July 21, 2009

My silent venting

I rasa kalau takat nak berlakon teater untuk dapat glamer, nama kuar majalah atau akhbar, baik tak payah berlakon beb. Kerja pelakon bukan untuk dapat nama... Kalau dah bagus orang akan suka dengan sendiri tak payah nak menonjolkan diri sampai menjatuhkan orang lain. Dunia ni pun sementara, benda yang kecil pun nak dimegahkan? Orang dok cakap pasal bakat. Bakat semulajadi? Tak pernah I nampak pulak! Tapi selalunya orang yang kata dirinya ada bakat sentiasa Bangga diri. Over acting. Tak Ikhlas. Menipu penonton. Buruk sangka pada orang lain yang bersungguh-sungguh bekerja. Hasad. Lupa diri. Orang berseni ker tu? Artis ker tu? O.. penggunaan terma artis di sini bukan bermaksud selebriti. Artis amat berbeza dengan selebriti. Orang berkarya berbeza dengan orang ternama. Faham maksudnya? Jadi tak semua artis itu selebriti. Tapi kebanyakan selebriti adalah artis (dan yang perasan artis).

Kalau awak kena tegur atas pentas oleh teman pelakon, dia bukan nak jadi tuan direktor. Dia nak memperbaiki persembahan. Takat tegur pasal spacing semasa di pentas bukan cuba mendirect namanya. Terima je lar komen memandai dia tapi tak payahlah nak pergi komplen kat seluruh dunia ada orang nak jadi tuan direktor jugak... Nak buat tuan direktor marah untuk apa? Kalau awak tak boleh ditegur oleh teman sekerja, cakap terus. Thank you for your comment but I will listen to the director. Kan senang.

Tak suka orang lain diberi pujian? Aiyoooo (Bak kata Major Sabar)...
Pujian dari lidah manusia, tak ada makna la beb. Kalau kerja untuk dapat pujian, maka tak ada keikhlasan lar kerja awak. Orang tu memang bersungguh-sungguh, awak kata dia cuba nak curi lampu hijau awak? Ya Allah... Suluh lah muka awak sendiri kalau tak cukup lampu spotlight nanti. I bawak torchlight spare.

Awak fikir lawak awak tu tak mengaibkan orang? berpura-pura memecah belon di dada orang perempuan untuk mendapat gelak, lawak ker tu? Sengaja memalukan orang, lawak ker? Semasa lawak awak dipertontonkan, ada orang gelak tak? Awak perasan tak muka wanita yang awak perlekehkan tu? Lelaki sejati menghormati kehormatan rakan wanitanya.

Maka tamat lah segala geram di jiwa... I now release this anger. Thank you!

No comments: